Wednesday 2 May 2012

Nafsu Dalam Kehidupan ?

Pandangan kita tentang kehidupan mempunyai pelbagai perbezaan,perbezaan yang tergantung  dengan cara kita memandang ‘Apa itu hidup?’ dan cara hidup kita juga hasil dari permandangan hidup.Pelbagai cita telah tercipta hasil karya yang direka untuk menjadi sebuah cereka dalam kehidupan.Tenaga terisi untuk mencapai satu misi,lahirlah dedikasi menuju satu visi.
Acap kali dalam kehidupan kita sering terbabas biarpun hidup kita serba bebas.Lalu fikiran terlintas,dimanakah silapnya? Caranya mungkin memperbaiki kesilapan itu namun mengapakah masih ada yang bertanya ‘What is the purpose of life?’’ Bukankah kita sudah ada misi dan visi?’
Daripada di sini dapatlah difahami bahawa cara pandangan hidup manusia tentang dunia ini terbahagi kepada dua perkara:-
1.       NAFSU
Allah s.w.t berfirman: “Sesungguhnya nafsu manusia sangat menyuruh melakukan kejahatan”(Surah Yusuf: 53)
Allah menyifatkan nafsu ammarah itu cenderung untuk melakukan kejahatan.Nafsu yang tak pernah kenal erti puas.Ibn Qayyim rahimahullah ada menyebut: ‘Nafsu itu jikalau diberikan satu gunung emas,pasti mahu lagi satu gunung emas’
Jikalau dibayangkan keadaan zaman jahiliyah dahulu pandangan hidup mereka hanya berdasarkan keinginan (nafsu) sahaja,akibatnya mereka menjadi ‘rakus’,hilang pertimbangan antara baik dan baik,antara fitrah dan fitnah,anak perempuan dianggap ‘sial’ lalu dikubur hidup-hidup,tercetus pertelingkahan dan persengketaan sesame saudara.
Maka dapat menyimpulkan bahawa nafsu yang sifatnya jahat mampu merosakkan kehidupan seseorang jikalau gagal mengawalnya.Selalunya,kecenderungan nafsu boleh berbahagi kepada empat perkara:-
a)             ’Syurga dunia’-Istilah syurga dunia wujud apabila terlupa dengan syurga akhirat dek kelalaian pada keindahan dan keseronokan semata.Hingga disangkakan dunia tiada penghujung dan abadi,maka segala pandangan tertumpu hanya untuknya dan disibukkan dengan perkara keduniaan.
b)             Wanita-Naluri insan memang sudah dihiaskan menyukai wanita kerana mereka adalah perhiasan dunia.Namun fitrah kan menjadi fitnah apabila ia melanggar tuntutan fitrah.Manusia boleh ditiimpa ‘sakit jiwa’ kerana tergila-gilakan wanita yang dikejarnya hingga lautan api sanggup direnangi.Nafsu syahwat yang kian berahi,wanita menjadi alat hiburan dunia,menjadi bahan simpanan hingga ada yang memandang jika tanpa wanita,tiada erti dalam hidup ini.
c)              Harta-Jika kehidupan seseorang sudah serba mewah dengan harta pasti tidak akan pernah rasa cukup dengan puas.Harta itu pasti digunakan untuk membeli perhiasan,rumah yang besar,dan kereta mewah.Kerana harta,sanggup berasuah.Kerana harta sanggup menipu.Demi Harta,sanggup kita menggadai diri!
d)             Kuasa-Manusia pasti berebut mengejar kuasa,tujuannya untuk menempa nama dan untuk menguasai.Kerana pangkat,yang menjadi manusia itu sanggup menzalimi dan saling menumpahkan darah.Atas nama pangkat,ada ruang perbezaan antara miskin dan kaya.Atas nama kuasa,yang tiada kuasa wajib menjadi hamba dan pak turut menuruti kemahuan mereka.
2.       AGAMA
Bila agama menjadi pandangan hidup seseorang,segalanya kan terurus dan terpandu.Agama menjadi pelindug bagi sebuah kehidupan,menyalukan harta,dunia,pekerjaan,nafsu,wanita,kuasa mengikut saluran yang betul.Kerana agama naluri fitrah insan yang fungsinya mengawal insane itu daripada dicalari fitnah dan kemudaratan.
Lihatlah firman Allah s.w.t yang berbunyi: “maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”(Surah AR-Rum:30)
Sayang,kebanyakan daripada kita tak menyedari.
 
Pandangan Islam terhadap Nafsu
Islam bukan menyuruh kita ‘membunuh’ nafsu itu kerana nafsu adalah sebahagian dalam diri manusia yang berkehendak untuk makan,ada bahagia,ada sedih dan sebagainya.Akan tetapi,Islam menyuruh kita mengawal nafsu kerana jikalau tidak terkawal,ia akan mengawal! Kita perlu mendidik nafsu sehingga ia menjadi ‘mutmainnah’ yakni tenang dan menurut diri kita untuk mentaati perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya.Hanya nafsu ‘mutmainnah’ yang akan mendapat keredhaan Allah kerana nafsu sebegini adalah hamba yang mentaati perintahNya.
FirmanNya: “ “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! –
“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! –
“Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia –
“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! (Surah AL-Fajr:27-30)
Pandangan Islam terhadap Dunia
Dunia adalah tempat asal bagi sang musafir sebelum ianya pulang ke tempat asalnya(akhirat).Dunia adalah tempat kita bercucuk tanam(beramal soleh) dimana kita akan menuai hasil tanamannya di akhirat kelak.Allah menjadikan dunia sebagai hamparan untuk kita tinggal,mencari rezeki,membina insitusi keluarga tapi dunia juga adalah ‘ibarat nafsu’ ia adalah umpan kepada nafsu pada kesenangannya yang menipu.

Lihatlah apa firman Allah yang berbunyi: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(Surah Ali Imran:185)

Pandangan Islam terhadap wanita
 Islam adalah satu-satu agama yang menaikkan martbat seorang wanita.Disebalik ruang batasan yang Islam perketatkan kepada wanita,ianya sebenar memelihara maruah seorang wanita kerana wanita adalah perhiasan bukan alat perhiasan.
Naluri manusia juga cenderung menyukai kepada wanita,Islam juga tidak menafikan kecenderungan.Justeru itu Islam meletakkan garis pandu agar naluri fitrah disalurkan dengan saluran yang betul iaitu ‘NIKAH’

Pandangan Islam terhadap Harta

Harta juga adalah perhiasan dunia.Harta itu bukan milik orang berharta,tapi untuk berbahagi kepada insan yang lain sama rata.Yang kaya tolong yang miskin.Memanjangkan tangan,meluaskan sedekah bukan membolot harta dengan nafsu serakah.Agar harta dan kehidupan menjadi berkat.Tiada guna untuk berbangga kepada harta,kerana kita akan meninggalkan harta.Namun andai kita tinggalkan sedekah,pahalanya akan ikut kita sebagai amalan yang soleh.
Firman Allah s.w.t:  “Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.(Surah Al-KAhf:46)
Pandangan Islam terhadap Kuasa
Islam tak memandang pada standard,yang memisahkan antara kita adalah ‘Taqwa’.Pada yang memiliki kuasa,pangkat sebenarnya sedang memikul amanah yang perlu digalas dan akan akan dibalas oleh Allah di akhirat kelak.Lebih berat lagi,kita semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang perbuatannya. Begitulah maksud hadis.
Wallahu a’lam
 SUMBER SINI




JOM FOLLOW BLOG NI !  :-)




1 comments:

EmeLiena said...

As-salam .. Aaa, nice entry.. By the way.. suka jugak tengok video ustaz Azhar. bersahaja tapi penuh nasihat (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More