Wednesday 29 February 2012

Kediaman Baginda Rasulullah SAW

Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata;“Saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan baju, lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.

Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”

Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”
Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”.
Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” (Hadis Riwayat Ahmad)


Replika Rumah Bagina Rasullullah SAW


Rasullullah SAW adalah kekasih ALLAH SWT, namun tidak pernah mempunyai rumah besar,  di dalam sebuah rumah kekasih ALLAH SWT itu hanya ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Baginda Rasulullah SAW sendiri.

Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah.


Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata,
“Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. 
Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk”
 (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi)



Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Rasulullah SAW & Sayyidah Khadijah AS yang dilihat lebih dekat


Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasullullah SAW di rumah Sayyidah Khadijah AS


 Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah AS, puteri kesayangan Rasulullah SAW dilahirkan


Gambar ini adalah sisa runtuhan kamar Rasullullah SAW dan Sayyidah Khadijah AS



Ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah SAW bersolat




Inilah Sebuah rumah kekasih ALLAH SWT  yang kita sayangi,
Rumah Baginda hanya  beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari 
daripada menembusi ruang dalam rumah. Dibandingkan dengan kehidupan sekarang.
Rumah Menteri yang memerintah Madinah semasa dulu hanya begini rupanya.

Semoga kita mendapat pengajaran dari apa yang kita lihat sebenar tadi.
Itulah Rasulullah SAW yang kita sanjungi sayangi dan kita cintai selama ini.
Sama2 kita berselawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW......




Sumber : alifcullen & myibrah





5 comments:

Shiqin Sunshine said...

=') sgt beza dgn pemimpin skunk yng lebih pentingkan diri drpada rakyat dan agama....

Awan Nano said...

subhanallah...terharu baca entry ne..wlpun Rasulullah s'orang nabi tapi masi mementingkan sifat kesedehanaan..kita patut contohi sifat baginda..harus!!

blog kecil said...

maksih post nya , q suka liat nilai ilmu yg ada didalam nya

blog kecil said...

maksih post q suka

blog kecil said...

maksih post q suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More