Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW
ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Pope Benedict XVI berusaha untuk melihat sendiri Injil berkenaan
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Rahsia Injil: Kitab yang berusia 1,500 tahun ini mengandungi ajaran awal Nabi Isa a.s. dan pernyataan Muhammad adalah sebagai RASUL yg akan datang selepasnya.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi
Injil Purba: Teks kulit berjilid yang ditulis pada kulit haiwan, telah ditemui oleh polis Turki semasa operasi anti-penyeludupan pada tahun 2000.Namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan, kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad( Muhammad) s.a.w.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.
Bersejarah: Tulisan tangan berdakwat emas berharga 14 juta yang ditulis dalam bahasa Aramaic iaitu bahasa ibunda Nabi Isa a.s.Oleh yang demikian, ramai cendikiawan Kristian menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-16 dan bukannya abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam.
Namun begitu, pengkaji-pengkaji Islam mempercayai ia adalah Injil yang sebenar-benar Injil sepertimana yang
difirman ALLAH SWT dalam Al-Quran.Kejadian ini benar-benar telah menggemparkan pusat Kristian sedunia di Vatican City, Rome.Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. (2:146)
Sumber : Berita Harian , Gempak.org
0 comments:
Post a Comment