Wednesday, 30 May 2012

Mayat Membaca Surah Yasin Di Mekah



Assalamualaikum u alls :)

lama dh tak update blog ni , sory ..
sebuk cikit .. so, harini wan nk kongsi ngan korang tentang satu kisah yang mana
"mayat membaca surah yasin di mekah"
Dengar mcm mengarut kan ? tapi itulah hakikatnya ....
Mungkin antara korang yg dh biasa dengar ttg kisah ni ,
sbb wan pun ambik dri sumber melayukini.net ...
Jom baca :) ...



Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah | Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Klik & Like
GuaRock-GuaBeriman
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.


# Mungkin ada yg percaya & yg tak percaya , tapi perlu ingt kdg2 ada benda yg luar dri kotak pemikiran kita. Mungkin Allah SWT buat sesuatu perkara yg aneh bgi kita itu , Supaya kita berfikir tentang kekuasaan-Nya yg tiada tandingan supaya manusia sentiasa berfikir, sama2lah kita ambil kisah ini sebagai teladan baik untuk kita " fikir positif buat diri kita positif " ..

Wallahualam ....


Korang klik & like Fanpage ni ye :) 





1 comments:

Wanie Raina said...

ta brape paham cara kebumi tu..
maknenye kubur tu mcm bertingkat2 ke ape? lepas 8 bulan takan takde tengkorak kat situ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More