Wednesday, 26 October 2011

WAJIB MEMAHAMI BACAAN KETIKA SOLAT

 Assalamualaikum,


Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya. Adakah kita Tidak mengenang Budi, Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya.Antara tips untuk khusu dalam solat ialah dengan memahami setiap apa yang dibaca ketika solat insyllah dengan izin ALLAH SWT kita memperolehi ilmu yang bermafaat :-)



TAKBIR
Allah Maha Besar  

DOA IFTITAH
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

AL-FATIHAH
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan oraNg-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan Ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
  
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku. 

  
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 


Jadikannya sebagai amalan, kerana ramai daripada kita yang sembahyang tanpa memahami maksud ayat-ayat yang dilapazkan. Begitu berbangga berdoa dalam Bahasa Arab tetapi tidak memahami langsung maksud bahasa tersebut. Itulah kesilapan kita umat islam di Malaysia, yang tidak diajar dengan betul untuk memahami maksud ayat dalam sembahyang. 

Kerana Kalau Kita Fahami Maksud Sebenarnya, Barulah Kita Tidak Akan Melakukan Kejahatan Apabila Kita Sembahyang, Kalau kita Hendak Melakukan Kejahatan, Kita Tidak Akan Sembahyang... Dari segi lojiknya adakah kita mampu untuk mengadap Allah swt dan memohon segalanya sebagaimana yang dimaksudkan sekiranya kita telah melakukan kejahatan atau hendak melakukan kejahatan.Sesuatu perlu dilakukan supaya maksud ayat ini menjadi perkara wajib yang mesti dijadikan amalan sewaktu mengajar generasi muda islam sembahyang di Malaysia.
Saya harap semua pembaca blog saya yang saya hormati memberi sokongan kepada blog ini ^_^Jom like FanPage saya boleh mendapat update terbaru dengan mudah :-) 
Maksud sabda Rasulullah S.A.W pula yang bermaksud :
“Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”

LIKE SINI YA ^_^ TERIMA KASIH
http://www.facebook.com/IslamicBarakahGeneration



2 comments:

Siti Safiyyah said...

bagusnye islamic buat entri macam ni.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More