Friday, 4 November 2011

SEMBELIHLAH KECINTAANMU

Apabila Aidiladha semakin hampir,sebagian umat Islam berbicara berkenaan ibadat korban.
Alhamdulillah,ini  adalah suatu yang sangat baik untuk menghidupkan sunah yang dilakukan  oleh           Rasulullah SAW.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tanganya sendiri.Baginda membaca bismillah,bertakbir,dan meletakan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibasnya itu.



   Amalan ini juga sebagai menyahut perintah ALLAH SWT dalam surah al-Kauthar yang bermaksud: "Oleh itu,kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sebelih korban (sebagai bersyukur)." (Surah al-Kawthar 108:2)

  Berkenaan hukumnya,dua ulama yang berpendapat bahawa wajib dilakukan bagi sesiapa yang mampu,berdasarkan satu marfu' daripada Abu Hurairah,maksudnya:. "Sesiapa yang mempunyai kelapangan,namun tidak mengerjakan ibadat korban,maka jangan sesekali mendekati mussala (tempat solat) kami." (Riwayat al-Hakim) Jumhur (majotiri) ulama menyatakan bahawa hukumnya sunat mu'akkad (sunat yang sangat dituntut)

Falsafah Ibadat Korban

   Korban pertama yang dilakukan di muka bumi ialah korbah kedua-dua anak Nabi Adam a.s sebagaimana kisahnya dalam AL-QURAAN (Surah al-Ma'idah 5: 27-30) .Kemudian nostalgia abadi pengorbanan seorang ayah yang bernama Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah SWT agar menyembelih anak kesayanganya Ismail (Surah al-Saffat 37: 99-113). Seterusnya sunnah ini dihidupkan oleh Rasulullah SAW dan umat Baginda.Persoalanya,apakah falsafah sebalik ibadat ini disyariatkan?

  Korban menjadi focus perbincangan ulama-ulama yang sentiasa berusaha membersihkan jiwa manusia seperti Imam al-Ghazali,Ibn Qayyim dan lain-lain lagi.

   Di dunia ini wujud manusia yang merasakan imanya telah sempurna dan melakukan ketaatan kepada Allah SWT dalam perkara-perkara zahiriah,tetapi di lubuk hatinya masih ada kecintaan kepada selain ALLAH SWT.Maka ibadat korban sebenarnya mengajar kita mengikis kecintaan kepada selain ALLAH SWT.
 
  Nabi Ibrahim telah membuktikannya.Cintanya kepada Ismail bergitu mendalam,tetapi kecintaan kepada ALLAH SWT mengatasi segalanya.Begitu juga korban yang dilakukan oleh kedua-dua anak Nabi Adam a.s dimana ALLAH SWT hanya menerima korban anaknya apabila memilih yag terbaik untuk dikorbankan demi ALLAH SWT.

  Fiman ALLAH SWT  yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali akan sampai kepada Allah,tetapi yang sampai kepada-NYA ialah amal ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu."
(Surah al-Hajj 22:37) 

  Maka setiap insan yang melakukan ibadat korban hendakalah menilai diri,adakah ia benar-benar telah berjaya mengikis kecintaan kepada selain ALLAH SWT seperti kecintaan kepada harta benda,kecintaan kepada pujian manusia di lubuk hati masing-masing.

ELAKKAN

  "Tahun ini,saya korban tiga bahagian,kamu berapa?"
      "Alhamdulillah,setiap tahun saya ambil bahagian dalam korban,sudah 10 tahun."
 "Apabila musim Aidiladha tiba,saya pasti akan hantar bahagian korban saya ke negara-negara umat Islam yang miskin..."
       Pelbagai dialog lagi yang sering kita dengar apabila tibanya musim korban.Adakah wajar ungkapan seperti ini diucapkan?

   Ia sebenarnya bergantung kepada niat orang yang menyebutnya.Sekiranya dengan niat untuk memberi galakan kepada orang lain supaya berlumba-lumba melaksanakan korban,maka ia diharuskan.Tetapi sekiranya untuk menunjuk-nujuk dan berbangga-bangga diri,maka sudah pasti ibadat korbanya menjadi sia-sia dan tiada erti di sisi ALLAH SWT.

  MANA LEBIH AFDAL ?


     Satu lagi isu yang sering dibincangakan berkaitan korban ialah sama ada melakuaknnya korban ialah sama ada melakukanya di tempat sendiri atau dihantar ke negara-negara umat Islam yang kurang bernasih baik.Manakah yang lebih afdal?
   Pelbagai hujah dikemukkan sama ada menyokong pendapat pertama sama ada menyokong pendapat pertama atau kedua.Lebih mendukacitakan lagi,sehingga timbul situasi bermasam muka sesama jemaah di sebuah masjid dalam perkara ini.
    Kesimpulan yang boleh kita sama-sama pegang dalam isu ini ialah yang lebih afdal adalah yang paling ikhlas.Antara tanda ikhlas ialah seseorang itu tidak banyak berbicara terhadap amalan-amalan yang dilakuaknya.Segalanya adalah rahsia antara dirinya dengan ALLAH SWT.


PESANAN RASULULLAH SAW KEPADA YANG INGIN KORBAN

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada dalam kalangan kamu yang ingin melakukan ibadat korban,maka janganlah ia memotong mama-mana bulu dan kukunya." Maksud hadis ialah sesiapa yang ingin melakukan ibadat korban,maka disunatkan tidak memotng mana-mana bulu atau kukunya bermula 1 Zulhijah sehinnga binatang korbanya disembelih.

IBADAT YANG BOLEH DILAKUKAN DI BULAN ZULHIJAH YANG MULIA INI

  • 1-8hb (sunat berpuasa)
  • 8hb (Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat)
  • 9hb (hari wuquf) Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat di Arafah.     
  • Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  • Membaca surah al-Ikhlas 1000 kali
  • 10hb (Hari Raya Haji)
  • Solat sunat Aidiladha
  • Membaca takbir 
  • Melakukan ibadah korban/sedekah

Kepada semua harap sudilah like fanpage ini ya ^_^
link : http://www.facebook.com/IslamicBarakahGeneration





















 
 






  











 















 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More