Pada bebera hari yang lalu telah berlaku satu kejadian yang amat menyedih bagi kita para muslim.Di masjid telah berlaku satu kejadian yang mana naskah surah YASSIN di masjid tersebut telah dibubuh di dalamnya gambar yang tidak sepatutnya di dalam naskah YASSIN tersebut.Pada hari ini para jemaah telah mengadakan solat hajat selepas saja selesai menunaikan fardu jumaat supaya siapa yang melakukan perkara tersebut baginya jalan taubat dan supaya ALLAH S.W.T membalas dengan setimpal atas perbuatan tersebut.Sama-sama kita berdoa supaya kita tidak menjadi orang yang munafik dan menjadikan tempat ibadat Masjid kita sebagai tempat untuk kita melakukan dosa terhadap ALLAH S.W.T. Seperti mana yang pernah berlaku di zaman Rasullullah S.A.W yang mana pernah ada masa dahulu kaum munafik telah mendirikan sebuah masjib bukan untuk beribat kepada yang MAHA ESA tetepi menjadikan ia sebaliknya seperti mana
ALLAH S.W.T berfirman dalam surah AT-TAUBAH Ayat 107-108
[107] Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.
[108] Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
Friday, 3 June 2011
Dunia Sekarang
6/03/2011 05:42:00 pm
WanScarlet
No comments
0 comments:
Post a Comment