Tuesday, 3 January 2012

6 Cara Mencari Keredhaan Allah SWT

1. Segerakan Solat

Ini bermakna kita jangan sengaja melewatkan setiap solat yang telah difardhukan kepada kita. Perbuatan ini tidak disukai Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya." 
(al-Ma'un:4-5).Rasulullah SAW bersabda"Yang membezakan (seorang itu mukmin) dan kufur serta syirik adalah meninggalkan solat".(Riwayat Muslim)

2. Memakai Selipar ke Tandas

Setiap kali kita hendak masuk ke tandas atau bilik air, sewajarnya kita memakai selipar. Hal ini kerana jika kita tidak memakai selipar, dikhuatiri terbawa keluar najis yang boleh mengotori seluruh rumah kita tanpa disedari. Malah kebersihan kaki kita turut terjaga.


3. Makan dan Minum

Pastikan setiap kali kita makan dan minum, peralatan yang digunakan dalam keadaan baik. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. makruh hukumnya kerana ia membahayakan . Kita juga tidak boleh bernafas atau menium minuman. Hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan: "Rasulullah SAW melarang minum dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minuman."


4. Menjaga Kebersihan

Islam menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor serta menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan penyakit. Justeru, setiap kali selepas makan atau minum, kita tidak boleh biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Malah ia makruh dan mewarisi kepapaan. Sisa-sia makanan yang tidak dibasuh akan menjadi habuan syaitan kerana mereka (syaitan) sangat suka kepada makanan yang kotor dan busuk. Dari "Amr bin Syu'aib katanya, Rasulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya Allah itu mencintai kalau melihat bekas kenikmatan-Nya atas hamba-Nya itu, dengan jalan menunjukkan keindahan dan kesempurnaan dalam berpakaian, makan, berumahtangga dan lain-lain." (Riwayat Imam Tirdmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hassan.)


5. Jangan Tidur Selepas Solat Subuh

Kita tidak digalakkan tidur selepas solat Subuh kerana dikatakan nanti rezeki mahal. Pagi-pagi itu akan membuka pintu rezeki dan keberkatan. Ibn Hibban dalam sahihnya berkata, Nabi SAW melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu subuh, maka baginda bersabda, "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Riwayat al-Baihaqi)


6. Membaca Basmalah

Mulakan setiap kita makan atau minum dengan basmalah. Jika kita tidak membaca basmalah dan doa makan, nanti rezeki kita akan dikongsi dengan syaitan. Rasulullah SAW bersabda" "Rasulullah SAW (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki tidak mengucapkan Bismilah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap sahaja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi ke dalam mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan "Bismillahi awwalahu wa akhirahu" Kemudian Nabi SAW ketawa lalu bersabda: "Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (setelah membaca Bismillah), makan syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya." (Riwayat Abu Dawud dan Nasa'i)

1 comments:

admin said...

cam tau je artikel ni :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More