Anas bin Malik r.a berkata : Iblis telah bertanya pada Allah,katanya : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh untuk mereka dan berzikir kepadaMu,
oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."
Firman Allah : "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."Iblis bertanya lagi : "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di Masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"
Firman Allah : "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah,kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."
Iblis bertanya : "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya,tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"
Firman Allah : "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"
Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang,apa pula azan untukku?"
Firaman Allah : "Azan bagimu ialah seruling."
Firman Allah : "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghatar utusan-mu dari para Rasul dan juga Nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"
Firman Allah : "Para utusan mu terdiri dari bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."
Iblis bertanya : "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"
Firman Allah : "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan. "
Iblis bertanya : " Ya Tuhan, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"
Firama Allah : "Perangkap bagimu ialah wanita."
Iblis bertanya : "Ya Tuhanku, Engaku berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"
Firman Allah : "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."
Sabda Rasulullah SAW : "Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu.Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namum berterusan."
(Hadis Riwayat Muslim)
Amalkan ayat Kursi ini,banyak kelebihan yang ada pada ayat ini
(JAUH DARI GANGUAN SETAN!)
Menurut Abu Umamah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Sesiapa membaca ayat al-Kursi di penghujung solat fardhu (selepas salam), tidak ada sesuatupun yang mampu menghalangnya untuk memasuki syurga kecuali kematian.”( Hadis riwayat al-Nasaai dan Ibn Hibban. Sanad hadis ini sahih menurut syarat Imam al-Bukhari).
Wallahualam....
FanPage : http://www.facebook.com/IslamicBarakahGeneration
1 comments:
bersyukurlah Allah menyayangi kita =)
Post a Comment