Saturday 22 October 2011

ANAK-ANAK DAN TV

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....


Pada hari yang penuh keberkatan ini saya nak bahaskan tentang isu yang bertajuk Anak-anak dan Tv ? Pernahkan anda terutamanya ibubapa terfikir dengan hanya sebuah benda yang bernama Tv boleh merosakan aqidah anak-anak kita?Tv juga boleh dikatakan maksiat didalam rumah tapi tidak la sampai tidak boleh menonton Tv,pelbagai lagi rancangan yang baik yang boleh kita beri anak-anak tonton.Sebagai ibubapa kita perlu mengawasi apa yang anak kita tonton kerana mereka (anak) akan meniru aksi atau apa yang ditonton mereka.

Dalam suasana dunia yang semakin mencabar,ramai manusia berebut-rebut mengejar kekayaan,kemewahan dan kesenangan duniawi tanpa menpedulikan lunas-lunas ajaran agama.Apa yang penting bagi mereka kekayaan,kemewahan dan kesenangan mesti diperolehi semaksimum yang boleh.Akibatnya sesebuah institusi keluarga telah leka dari manjaga kebajikan pendidikan anak-anak dari segi keagamaan.Jika dikutkan nafsu sampai bila pun takan habis jika ada RM1000 nak jadikan RM5000 ada lagi nak tambah lagi sampai bila pun tak habis. 

Maka kita sudah boleh lihat sekarang bermacam-macam perkara buruk telah berlaku.Oleh itu,pengajaran kepada anak-anak terutamanya perlu dimulakan sejak didalam rahim ibu lagi.Pengajaran kepada anak bukan perlu ke sekolah atau apa tetapi perlu dimulakan dari rumah sendiri lagi.



































Pelbagai cerita,drama,movie yang makin berlambak-lambak di tayagkan sekarang yang boleh merosakan akidah anak-anak dan kita sendiri.Contohnya cerita 'Hantu Bonceng' yang banyak part dalam ceritaya itu menghina Islam seperti istifar yang anda sedia tahu dan banyak lagi bukan 1 ya tapi banyak.Dalam cerita itu juga mereka seolah-olah mengajar untuk membuat perkara syirik dan mengarut.Seperti part yang membuat nasi kangkang sedangkan saya sendiri sebelum ini haya mendengar orang sebut nasi kangkang tapi tak tahu apa bagaimana cara tapi dalam cerita itu siap tunjuk dan untuk pengetahuan anda mentra yang digunakan itu mentra betul yang digunakan bomoh untuk perkara syirik ini.Ini adalah salah satu contoh yang saya berikan.Allah SWT telah tunjuk dalam cerita ini pelbagai keburukan.Bila disoal tentang isu ini mereka marah padahal realitinya mereka marah atas kejahilan diri sendiri.

Lebih dasyat dari itu,cerita yang tengah hangat kononya sebut saja mesti tahu,cerita 3gp?
Bila anda tengok triler pun anda tahu bertapa teruknya cerita itu?Oleh itu AWASI ANAK ANDA!

Saya ada satu cerita nak kogsikan kepada semua pembaca tentang pengaruh anak-anak dalam perkara ini.

Cerita Kita

Ada pelajar di sekolah agama yang telah dibuang sekolah anda nak tahu sebab apa?
sebab telah mengajar ajaran sesat disekolah itu.Ada sekumpulan mereka memuja syaitan.Sudah bertahun perkara ini berlaku disekolah itu.Setiap petang dekat waktu magrib maklumlah memang waktu ini waktu syaitan pun itu yang diharamkan solat waktu itu,mereka akan pergi ke sebatang pokok dan akan memuja syaitan dengan perbuatan seperti zikir yang menyebut duit....duit...duit...  banyak kali dan mereka boleh mendapat beratus malahan seribu ringgit dengan berkawan dengan syaitan itu.Subahanallah....Mereka pergi rombongan dengan bawak RM500 ringgit bila guru tanya dapat mana?mereka menjawap ibubapa bagi.Guru mereka ingt mereka mungkin anak orang kaya,bila balik rombongan beli bawak balik rumah dengan banyak barang.Ibubapa menjadi hairan dimana dia boleh memperolehi duit untuk itu.Mereka akhirnya dapat ditangkap dan bila ditanya siapa yang ajar ini? anda tahu jawapanya apa? Jawapanya ialah dengan tonton movie faham sajalah banyak cerita hantu sekarang ini tah apa yang diajarkan yang boleh mengpengaruhi anak-anak kita.

Untuk makluman perbutan yang saya sebutkan tadi seperti zikir duit....duit...duit itu syirik boleh terkeluar dari Islam.

Oleh itu awasi anak anda supaya tidak terjadi perkara sebegini..sila sharekan kepada rakan anda.

wallahualam....

1 comments:

MoyMynn said...

citer 3gp tuh mmg byk keburukan dari kebaikan bagi mulan...coz klau dak2 tecik tgok bkn ker xelok tuh...pape pown tengs 4 sharing yerpp ^O^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More