Tuesday 20 September 2011

GENJALA EMO SEMAKIN MELULAR

ISU PANAS!

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog islamic.Tadi sedang islamic search internet terjumpa tentang genjala emo.Menurut sumber tersebut genjala emo makin melular di negara ini.Islamic fikirkan emo ini sudah tiada rupanya masih bergiat aktiv.Islamic sempat membuat reseach tentang hal ini.Dari itu islamic lihat pelbagai perkara tentang hal ini.Group emo malaysia indonesia pown ada.Islamic sempat melihat foto2 yang dimuatkan dalam group tersebut dalam banyaknya foto tiba2 terselit gambar kanak2 memakai baju putih bertudung lengkap memegang al-quran sedangkan itu web orang yahudi.Ini islamic sediakan keratan akhbar hari ini.

mereka katakan emo ini satu genre yang lama sebelum kumpulan lain lagi mungkin ini cara orang yahudi merosakan anak2 islam sekarang.
KUALA LUMPUR – Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini.
Kosmo! difahamkan, kumpulan itu di negara ini biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil.

Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring dari Amerika Syarikat.
Sambil itu, mereka mula menghayati mesej membunuh diri berdasarkan lirik-lirik lagu berkenaan dan ada antara mereka mula mencederakan diri masing-masing dengan senjata tajam ketika mendengar lagu itu.
Antara lagu yang mempunyai unsur kepada perbuatan membunuh diri ialah yang bertajuk Welcome to the Black Parade nyayian kumpulan My Chemical Romance dari Amerika Syarikat dengan liriknya ‘And though you’re dead and gone, believe me your memory will carry on’ (Walaupun anda telah mati, percayalah saya, kenangan anda akan terus kekal).
Bagi lebih menjiwai suasana, ada antara mereka mengambil pelbagai jenis dadah terutama heroin, syabu dan ekstasi.
Ritual paling popular di kalangan mereka ialah mengelar tangan sendiri dan mati dalam keadaan perlahan-lahan dan ia berbeza dengan kumpulan songsang lain seperti gothic, black metal, Nazi, punk dan sebagainya.
Penampilan kumpulan Emo mudah dikenali kerana mereka biasanya memakai celak di mata, gaya rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian daripada wajah mereka selain berseluar ketat.
Pengarah Urusan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal (gambar) yang mendedahkan trend terbaharu remaja perempuan itu berkata, pengikut fanatik kumpulan Emo mendakwa mendapat kepuasan apabila mereka melakukan semua ritual tersebut.
“Mereka rasa puas terutama ketika mereka mengelar tangan dan menjilat darah sendiri termasuk melakukan semua perbuatan tidak berakhlak membuatkan diri mereka rasa begitu hebat,” katanya ketika dihubungi semalam.

2 comments:

lovehijau said...

Salam, gejala emo memang merupakan salah satu cabang kumpulan yang tidak beragama,masalahnya ramai remaja yang terlibat meruapakan remaja Melayu,begitulah jika sistem masyarakat kita semakin rosak, dan lebih parah bila Al quran dan Hadis tidak dijadikan panduan serta rujukan untuk semua bidang kehidupan

WanScarlet said...

waalaikumussalam .thnk sudi comment.Itu la masalahnya sekarang orang yahudi mengpengaruhi dengan cara halus seperti ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More