Sunday, 24 July 2011

Nasihat Nabi s.a.w Kepada Ali r.a


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.



Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Marilah kita sama- sama berusaha untuk berada di kalangan golongan- golongan ini. InsyaAllah...

4 comments:

noonaQQ said...

suka yg ni islamic..noona nk copy paste leh ke? =)

~+aSma dAud+~ said...

ibadat salu org dedah kan..puasa ganti puasa sunat..rasenye lah..

Encik JI said...

kerdilnya rasa diriku :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More