Saturday 16 July 2011

INDAHNYA SYABAAN

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Islamic yang dihargai.Pada malam yang penuh keberkatan ini Islamic hendak berkongsi kepada pembaca di blog Islamic ini tentang bulan yang kita duduki sekarang iaitu Syabaan.Mesti ramai yang sudah tahu tentangnya bukan?jika ada yang telah tahu jadikan ini sebagai peringatan.Islamic mulakan cerita dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.


Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.”

Pada malam ini 300 pintu rahmat telah terbuka untuk kita sebai hamba ynag hina di muka bumi ini.Pelbagai ibadat yang kita boleh buat pada hari yang penuh keberkatan ini seperti membaca yassin 3x walaupun ini tidak warid (tiada sandaran) tetapi tidak salan kita membacanya.Tetapi jangan malam ini saja baca Al-quran sebaiknya amalkan setiap hari sekurangya 3ayat pun cukup la.Yang salahnya kita ialah kefahaman sebhagian kita meletakan kepercayaan mesti baca yassin 3x pada bulan Syabaan.Islamic teruskan lagi...

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah.Dalam bahara arab pula bermaksud 'setengah'. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadamuMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Ada juga ibadat lain lagi seperti berpuasa seperti yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Itu yang Islamic dapat kongsikan bersama.Tetapi Islamic nak katakan jangan kita pentigkan yang sunat tinggalkan yang wajib.Jadi marilah kita sama-sama lakukan sepertimana yang Rasulullah S.A.W lakukan insyallah sebelum Bulan yang semua kita tunggukan iaitu bulan Ramadhan.Nantikan post Islamic berkisah Ramadhan nanti.Tolong hebahkan blog Islamic kepada rakan anda.Terima kasih kerjasama semua pembaca amat dihargai.Assalamualaikum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More