Friday 8 July 2011

HOT NEWS! FACEBOOK LANCAR PAGGILAN VIDEO

Islamic nak share berita ni.Pihak pengurusan Facebook kelmarin mengumumkan 750 juta penggunanya kini boleh menggunakan laman jaringan sosial berkenaan untuk membuat panggilan video.
Ciri terbaru itu menggunakan perkhidmatan telefon Internet, Skype.
Facebook juga mengubah susun atur aplikasi laman sembang itu supaya ia lebih mesra pengguna.
Bagi membuat panggilan video, para pengguna Facebook yang menggunakan komputer dilengkapi kamera web, perlu terlebih dahulu memilih rakan sembang mereka.
Selepas satu tetingkap sembang akan tertera pada skrin, para pengguna perlu mengklik ikon video kecil berwarna biru untuk menggunakan aplikasi berkenaan.
Kemunculan produk terbaru itu seiring dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 27, yang menjanjikan beberapa pelancaran baharu untuk tahun ini. Jadi gunalah ia sebaiknya jangan gunakan ia untuk perkara yang tak berfaedah ALLAH S.W.T ALWAYS SEE YOU.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More