Wednesday, 22 February 2012

WAHAI IBU MENGANDUNG JAGALAH AURATMU

WAHAI IBU MENGANDUNG JAGALAH AURATMU....


Assalamualaikum Semua blogger  Dan Reader.. :).. 


emmmss.. seperti tajuk yang diatas mesti semua dh tahu apa admin nk kongsikan kali ini ..
khususnya bagi ibu mengadung...Ada juga di kalangan wanita, sebelum hamil mereka kelihatan cukup bergaya di samping berpakaian mengikut perkembangan fesyen semasa. Namun, semuanya berubah apabila berbadan dua. Mereka katakan, kehamilan umpama menyekat gaya mereka.

Hakikatnya, hamil bukan bererti zaman untuk bergaya sudah berakhir. Malah, kehamilan juga bukan alasan buat wanita tampil selekeh termasuk memilih pakaian bersaiz besar untuk menyesuaikannya dengan bentuk badan yang telah berubah.


Bilaa admin g je jalan2 di shopping mall ada segenlintir ibu mengandung mengenakan baju yang amat ketat hingga menampakan bentuk badan ... admin tengok dh macam SARUNG NANGKA je.. Si suami tidak menghiraukan apa yang dipakai oleh si isteri ini. Mejoritynya yang admin nampak yang berpakaian sebegini semuanya IBU MODEN .. yang baru saja mendirikan tumah tangga dan mengandungkan cahaya mata yang pertama. 

haram bagi wanita yg mengandung mengenakan pakaian sebegini  ... Wahai si suami 

anda ada isteri yang cantik , isteri anda sedang mengandung, Dalam perut itu ada anak anda 

yang bakal lahir,

Anda bawa isteri anda pergi shopping complex,

Shopping barang-barang baby,

Ke hulu, ke hilir isteri kesayangan anda berjalan

sambil memakai LEGGINGS ketat....

mencari barang..

Agaknya.

Apakah yang terlintas di fikiran lelaki-lelaki

yang sedang memandang isteri anda ??

Adakah anda memejamkan mata melupakan syariat agama  terhadap perkara ini demi cinta dan sayang kepada si isteri ?

Bukankah tanggungjawap si suami untuk memelihara kehormatan seorang isteri yang halal baginya?

Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33] 

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, 

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

takah terfikir yang kita (bagi ibu mngandung)  yang anda akan melahirkan seorang zuriat yang akan mewarisi keturunan anda dan menjaga anda bila sudah tua nanti? adakah anak tersebut akan menjadi anak yang baik? tidakah memberi kesan kepada zuriat yanga akan dilahirkan kelak , sedangkan ibunya melakukan dosa ketika mengandungkanya ...

jika anda ada isteri atau saudara mara anda tegurlah dan beri nasihat kepada mereka.. insyallah mereka mendegar.. mungkin mereka terlepas pandang dalam hal ini.Sekarang pun rasanya telah dibuat pakain mengandung muslimah . apa salahnya kita mengenakan pakaian seperti itu... tetapi mestylah mengikut syariat agama / had aurat yang btul.. biar tak cantik di mata orang tapi cantik di ALLAH SWT dan di mata suami tercinta :-) seksi di dunia seksa di akhirat ...

Dunia dh semakin tua.. ramai ibu yang melahirkan tuanya.. ya! melahirkan tuanya..
maksud admin ialah anak2 bilaa besar nnty jika melakukan kesalahan atau apa ibu bapa memajamkan mata dh menuruti kata2 anak tanpa memikirkan apa yang anaknya telah lakukan...mungkin smpai tahap menjadikan ibunya seperti kulinya... astarfirallahalazim... mintak dijauhkan ..


Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. 

Jadi tiada siapa boleh ubah anda melainkan anda mengubahnya sendiri :-) buatla dengan ikhlas kerana ALLAH SWT dan cahaya mata anda yang akan dilahirkan untuk mewarisi jenerasi yang lebih mencabar dari sekarang :) corakan mereka dengan ilmu agama dahulu setelah dilahirkan malahan sebelum melahirkan pun boleh :-) dapatkan nasihat dari alim ulama yang lebih arif bab ini :-) 

Maaf jika ada kesilapan atau terkasar bahasa :-) sekadar berkongsi cerita ...
terima kasih sudi membaca ya ! :-)





2 comments:

Mss Ieza said...

:yes byak gak tgk wanita2 pregnant nie seksi2 belaka, nice entry :)

Zack Hazze said...

amboi...biasa tu mgandung2 pkai seksi...x baik tau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More