Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.
BOLEHKAH TIDUR SELEPAS SUBUH?
Tidur Lepas Subuh: Kita sama-sama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh berkat dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Tetap pada kenyataan sekarang, kita sering melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini
HUKUM MEMAKAI TUDUNG BOGGOL SEPERTI UNTA
HUKUM MEMAKAI TUDUNG BOGGOL SEPERTI UNTA
11 GOLOGAN AHLI NERAKA
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18;
Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok
9 Jenis Anak Syaitan. Mana Satu Paling Kerap Goda Anda?
9 Jenis Anak Syaitan. Mana Satu Paling Kerap Goda Anda?
Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa “
Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “
semua kitab itu menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , yakni pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah.
Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benus Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi bermakam. mereka datang menyamar sebagai org perantau dan bertempat tinggal di suatu rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. terletak. keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan melubangi tanah yang menjuruskan ke makam Rasulullah s.a.w..
Tiba2, pada suatu malam ,seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah s.a.w.. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.
Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya.
Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak2 kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w.. dan pada malam itu juga lah, Nuruddin terbayang 2 org lelaki sedang beraksi menjalankan perbuatan nekadnya itu.
Dan setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya , beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan ,maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut.
Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya, 2orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang beraksi menggali lubang yang menjurus ke makam Baginda s.a.w.. mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w.. maka, lelaki2 Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar.
Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan dengan sehancur2nya dalam perang 200 tahun itu, ajarannya mahu dikikis semua, tetapi juga jasad Nabinya yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas dan memperkosa sedemikian rupa.
Tetapi ,dewasa ini kerana tidak mungkin lagi untuk mencuri dan membongkar kubur Nabi akhir zaman itu, atas asbab penjagaan yang terlalu ketat , maka kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya di bidang lain, iaitu di bidang da’wah, propaganda dan misi yang tujuannya tidak lain menasranikan umat Baginda s.a.w..
so, hati-hati dengan kaum Salib/ Kristian kerana mereka berhasrat untuk menjahanamkan / menasranikan umat Nabi walau dengan apa cara pun, sehingga ke hari ini.
ingatlah firman ALLAH , mafhumnya :
” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! “ (Surah Al-Ahzab : 21)
5 kali cubaan mencuri jasad Rasulullah saw
CUBAAN PERTAMA SEMASA PEMERINTAHAN AMRULLAH ALUBAIDI Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah
CUBAAN KEDUA SEMASA PEMERINTAHAN AL-UBAIDI Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran kubur nabi dengan mengorek lubang kearah kubur nabi, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengancangkan bumi Madinah.
PERANCANGAN RAJA-RAJA NASRANI DENGAN KOMPLOT DARI NASRANI MAGHRIBI. Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.
SEKUMPULAN NASRANI DATANG BERSAMA JEMAAH HAJI DENGAN NIAT MENCURI JASAD RASULULLAH. mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.
PADA KURUN KE-9 HIJRAH 40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh penguasa Islam zaman tersebut.
Sumber : Harian Metro ( sekadar pengkosian bersama )
Kami baru menerima perkhabaran sedih di’mana Bob Kuman telah meninggal dunia pada 4.38 petang tadi. Al-fatihah.
Menurut maklumat awal yang kami terima, Bob Kuman menghembuskan nafas terakhir beliau di’sisi isteri tercinta di kediaman mereka di Kota Damansara dan allahyarham kini telah di’bawa ke Hospital Sungai Buloh.
UPDATE-1: Allahyarham Bob Kuman kini berada dan akan di’mandikan di Masjid Kota Damansara.
Perkembangan terbaru akan kami bawakan secepat mungkin.
Sebelum ini pun ada khabar angin tentang kematian Bob tapi itu semua hanya khabar angin yang direka semata2.
tapi harini kita mendapat perkhabaran tentang kematian bob dan kali ini benar2 berlaku .. mungkin setenga pihak ragu2 untuk pecaya atau tidak .. ini admin sediakan polis report tentang kematian bob dan berita penuh tentang kematian bob dari sinar harian ..
SUMBAR SINARHARIAN
Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11 di sini, 4.38 petang tadi.
Jururawat peribadi Allahyarham Mohd Farid Hamzah berkata, dia menerima panggilan daripada isteri arwah, Normah pada 3.50 petang memberitahu bahawa Bob tidak sedarkan diri selepas beberapa kali cuba dikejutkan.
"Saya bergegas ke rumah selepas melihat keadaannya saya segera mendapatkan bantuan hospital dan pemeriksaan paramedik kemudiannya mengesahkan Bob sudah pun meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, sebelum itu Bob kelihatan tidak bermaya dan hanya mampu baring serta beberapa kali rebah.
Difahamkan Bob sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal kerana sakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair serta mengalami masalah obesiti.
Sementara itu, salah seorang rakan niaga arwah Jumie Mohamad, 37, berkata, kali terakhir bertemu arwah kelmarin.
“Saya bawakan Bob kentang untuk bersarapan dan sebaik selesai makan dia berasa penat dan mahu tidur, sebelum itu dia minta saya tolong angkatkan kakinya,” katanya.
Menurutnya, dia dapat melihat keadaan arwah amat keletihan dan dia sendiri tidak dapat berbual panjang seperti kebiasaan.
“Saya senang berurusan kerja dengan arwah kerana dia mudah bertolak ansur serta boleh dibawa berbincang dengan mudah dan kehilangannya amat dirasai,” katanya.
Seorang lagi rakan arwah, Emri Shamriza Chi Embi,33, memberitahu arwah ada menghubunginya jam 4.30 pagi tadi.
“Biasanya dia akan berbual tetapi perbualan cukup singkat tidak sangka hari ini dia sudah tiada,” katanya.
Tambahnya lagi, sahabat baiknya itu disifatkan senang bergaul dan dia sendiri banyak menimba pengalaman bermain alatan muzik dari Allahyarham.
Isteri Allahyarham Normah Ahmad, 33, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih.
Tahap kesihatan Bob mula merosot selepas dia terjatuh ketika pengambaran selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas dan bengkak kaki.
Bob mengemparkan industri hiburan negara selepas berita palsu mengatakan dirinya sudah meninggal dunia tersebar melalui laman sosial 21 April lalu.
Jenazah Bob dimandi dan dikafan di Masjid Kota Damansara sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Negeri Sembilan.
Turut hadir melawat Allahyarham Bob ialah pelakon yang juga Presiden Seniman Harun Salim Bachik.
Terdahulu, berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.
Ustaz Don dan tunang ? haha.. melepas laa korang ...
Admin pun baru tahu rupanya Ustaz Don dh menjadi tunangan orang :) Sudahlah ensem , beriman pula
berilmu lagi :) Beginilah yang gadis-gadis idamkan , Suami pembimbing rumahtangga ..
Ustaz Don yang popular dengan racangan tv nya 30 MINIT USTAZ DON di tv AlHijrah ,
yang semalam genap Episod Ke-100 racangan itu berlangsung dan semalam ialah episod yang amat menarik
dengan perkongsian kehidupan liku2 sebelum menjadi seorang ustaz yag kini menjadi ikutan anak2 muda :)
kepada yang terlepas rancangan semalam boleh tengok kt sini :)
Menyahut seruan ‘Bertunang diam-diamkan, Bernikah perlu dihebah-hebahkan’ , tidak hairanlah jika pertunangan Ustaz yang semakin popular dengan rancangannya 30 Minit Ustaz Don yang semakin mendapat tempat di hati penonton tidak ramai yang mengetahuinya. Walaubagaimanapun, tetap dihidu juga oleh peminat-peminatnya.
Mungkin anda sudah tahu. Mungkin ada yang tidak tahu. Maka, kami kongsikan bersama anda.
Siapakah gadis yang berjaya mencuri hati Ustaz Don Daniyal yang berusia 27 tahun ini. Akan tetapi ramai juga kot yang menyuarakan rasa kecewa bila tahu Ustaz sudah bertunang? hehe...
Ustaz Don pun sudah terkena tempias selebriti di mana perkembangannya diambil tahu oleh peminatnya.
Khabarnya tunang Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ni bernama Husna Zahry Rafie. Merupakan pelajar perubatan yang sedang belajar dalam jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir. Bukan Calang2 orang jugak tunang ustaz ni tau :) .. Ustaz telah bertunagn pada 06/3/2011 ...
Ini serba sedikit biodata tentang Ustaz Don ..
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor
Status: Bujang (bertunang)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Semuga jodoh semakin dekat antara mereka berdua dan bertuahnya bakal isterinya ini. Bakal memiliki seorang suami seperti Ustaz Don. Semoga Hubungan Ustaz Bersama Bakal Isterinya Kejinjang pelamin dan kekal hingga ke syuga ALLAH SWT . amin :)
Pandangan kita tentang kehidupan mempunyai pelbagai perbezaan,perbezaan yang tergantung dengan cara kita memandang ‘Apa itu hidup?’ dan cara hidup kita juga hasil dari permandangan hidup.Pelbagai cita telah tercipta hasil karya yang direka untuk menjadi sebuah cereka dalam kehidupan.Tenaga terisi untuk mencapai satu misi,lahirlah dedikasi menuju satu visi.
Acap kali dalam kehidupan kita sering terbabas biarpun hidup kita serba bebas.Lalu fikiran terlintas,dimanakah silapnya? Caranya mungkin memperbaiki kesilapan itu namun mengapakah masih ada yang bertanya ‘What is the purpose of life?’’ Bukankah kita sudah ada misi dan visi?’
Daripada di sini dapatlah difahami bahawa cara pandangan hidup manusia tentang dunia ini terbahagi kepada dua perkara:-
1. NAFSU
Allah s.w.t berfirman: “Sesungguhnya nafsu manusia sangat menyuruh melakukan kejahatan”(Surah Yusuf: 53)
Allah menyifatkan nafsu ammarah itu cenderung untuk melakukan kejahatan.Nafsu yang tak pernah kenal erti puas.Ibn Qayyim rahimahullah ada menyebut: ‘Nafsu itu jikalau diberikan satu gunung emas,pasti mahu lagi satu gunung emas’
Jikalau dibayangkan keadaan zaman jahiliyah dahulu pandangan hidup mereka hanya berdasarkan keinginan (nafsu) sahaja,akibatnya mereka menjadi ‘rakus’,hilang pertimbangan antara baik dan baik,antara fitrah dan fitnah,anak perempuan dianggap ‘sial’ lalu dikubur hidup-hidup,tercetus pertelingkahan dan persengketaan sesame saudara.
Maka dapat menyimpulkan bahawa nafsu yang sifatnya jahat mampu merosakkan kehidupan seseorang jikalau gagal mengawalnya.Selalunya,kecenderungan nafsu boleh berbahagi kepada empat perkara:-
a) ’Syurga dunia’-Istilah syurga dunia wujud apabila terlupa dengan syurga akhirat dek kelalaian pada keindahan dan keseronokan semata.Hingga disangkakan dunia tiada penghujung dan abadi,maka segala pandangan tertumpu hanya untuknya dan disibukkan dengan perkara keduniaan.
b) Wanita-Naluri insan memang sudah dihiaskan menyukai wanita kerana mereka adalah perhiasan dunia.Namun fitrah kan menjadi fitnah apabila ia melanggar tuntutan fitrah.Manusia boleh ditiimpa ‘sakit jiwa’ kerana tergila-gilakan wanita yang dikejarnya hingga lautan api sanggup direnangi.Nafsu syahwat yang kian berahi,wanita menjadi alat hiburan dunia,menjadi bahan simpanan hingga ada yang memandang jika tanpa wanita,tiada erti dalam hidup ini.
c) Harta-Jika kehidupan seseorang sudah serba mewah dengan harta pasti tidak akan pernah rasa cukup dengan puas.Harta itu pasti digunakan untuk membeli perhiasan,rumah yang besar,dan kereta mewah.Kerana harta,sanggup berasuah.Kerana harta sanggup menipu.Demi Harta,sanggup kita menggadai diri!
d) Kuasa-Manusia pasti berebut mengejar kuasa,tujuannya untuk menempa nama dan untuk menguasai.Kerana pangkat,yang menjadi manusia itu sanggup menzalimi dan saling menumpahkan darah.Atas nama pangkat,ada ruang perbezaan antara miskin dan kaya.Atas nama kuasa,yang tiada kuasa wajib menjadi hamba dan pak turut menuruti kemahuan mereka.
2. AGAMA
Bila agama menjadi pandangan hidup seseorang,segalanya kan terurus dan terpandu.Agama menjadi pelindug bagi sebuah kehidupan,menyalukan harta,dunia,pekerjaan,nafsu,wanita,kuasa mengikut saluran yang betul.Kerana agama naluri fitrah insan yang fungsinya mengawal insane itu daripada dicalari fitnah dan kemudaratan.
Lihatlah firman Allah s.w.t yang berbunyi: “maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”(Surah AR-Rum:30)
Sayang,kebanyakan daripada kita tak menyedari.
Pandangan Islam terhadap Nafsu
Islam bukan menyuruh kita ‘membunuh’ nafsu itu kerana nafsu adalah sebahagian dalam diri manusia yang berkehendak untuk makan,ada bahagia,ada sedih dan sebagainya.Akan tetapi,Islam menyuruh kita mengawal nafsu kerana jikalau tidak terkawal,ia akan mengawal! Kita perlu mendidik nafsu sehingga ia menjadi ‘mutmainnah’ yakni tenang dan menurut diri kita untuk mentaati perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya.Hanya nafsu ‘mutmainnah’ yang akan mendapat keredhaan Allah kerana nafsu sebegini adalah hamba yang mentaati perintahNya.
FirmanNya: “ “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! –
“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! –
“Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia –
“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! (Surah AL-Fajr:27-30)
Pandangan Islam terhadap Dunia
Dunia adalah tempat asal bagi sang musafir sebelum ianya pulang ke tempat asalnya(akhirat).Dunia adalah tempat kita bercucuk tanam(beramal soleh) dimana kita akan menuai hasil tanamannya di akhirat kelak.Allah menjadikan dunia sebagai hamparan untuk kita tinggal,mencari rezeki,membina insitusi keluarga tapi dunia juga adalah ‘ibarat nafsu’ ia adalah umpan kepada nafsu pada kesenangannya yang menipu.
Lihatlah apa firman Allah yang berbunyi: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(Surah Ali Imran:185)
Pandangan Islam terhadap wanita
Islam adalah satu-satu agama yang menaikkan martbat seorang wanita.Disebalik ruang batasan yang Islam perketatkan kepada wanita,ianya sebenar memelihara maruah seorang wanita kerana wanita adalah perhiasan bukan alat perhiasan.
Naluri manusia juga cenderung menyukai kepada wanita,Islam juga tidak menafikan kecenderungan.Justeru itu Islam meletakkan garis pandu agar naluri fitrah disalurkan dengan saluran yang betul iaitu ‘NIKAH’
Pandangan Islam terhadap Harta
Harta juga adalah perhiasan dunia.Harta itu bukan milik orang berharta,tapi untuk berbahagi kepada insan yang lain sama rata.Yang kaya tolong yang miskin.Memanjangkan tangan,meluaskan sedekah bukan membolot harta dengan nafsu serakah.Agar harta dan kehidupan menjadi berkat.Tiada guna untuk berbangga kepada harta,kerana kita akan meninggalkan harta.Namun andai kita tinggalkan sedekah,pahalanya akan ikut kita sebagai amalan yang soleh.
Firman Allah s.w.t: “Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.(Surah Al-KAhf:46)
Pandangan Islam terhadap Kuasa
Islam tak memandang pada standard,yang memisahkan antara kita adalah ‘Taqwa’.Pada yang memiliki kuasa,pangkat sebenarnya sedang memikul amanah yang perlu digalas dan akan akan dibalas oleh Allah di akhirat kelak.Lebih berat lagi,kita semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang perbuatannya. Begitulah maksud hadis.
" Mintak tolong jgn sebarkan fitnah tentang bob kuman dh meninggal dunia yerk..keadaan beliau semakin sihat dan stabil..plzz stop it.. "
Ini Status Twitter Alongrajalawak . Sapalah yang mulakan cita sebegini , orang semakin sembuh
dikatan telah meninggal .
Admin sendri pun terupdate sebentar tadi , Mintak Maaf kepada pada pihak Bob Kuman & semua. Lepas ni Nak kena selidik tentang kesahehan sesuatu cerita tu..
Ni hah Bob siap dengan video lagi :-) layan~~.....
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
Melegakan sakit hernia.
Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
Meringankan bahagian pelvis.
Memberi dorongan supaya mudah tidur.
Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.
#Korang yang dh baca tu jangan lupa share ya :-) & jangan lupa like fanpage ISLAMICBARAKAH juga ya !:) Terima kasih sudi membaca ! ... Jadilah pemabaca setia ISLAMICBARAKAH !